Tuesday, 10 November 2009

PAKEJ MENARIK IKAN BAKAR LAKSMANA, DI UMBAI

PAKEJ HIDANG MENARIK
(MINIMA UNTUK ENAM ORANG)

RM15 SEORANG
· SOTONG GORENG TEPUNG
· KUPANG GORENG SAMBAL
· IKAN SIAKAP BAKAR
· NASI LEMAK
· WATER 1 JUG

RM20 SEORANG
· SOTONG GORENG TEPUNG
· BUTTER PRAWN
· IKAN SIAKAP BAKAR
· NASI LEMAK
· WATER 1 JUG

RM25 SEORANG
· SOTONG GORENG TEPUNG
· BUTTER PRAWN
· IKAN SIAKAP BAKAR
· KUPANG SWEET SOUR
· KANGKUNG GORENG BELACAN
· NASI LEMAK
· WATER 1 JUG

RM30 SEORANG
· SOTONG GORENG TEPUNG
· BUTTER PRAWN
· IKAN SIAKAP BAKAR
· KUPANG SWEET SOUR
· PAIS IKAN PARI
· ASAM PEDAS KEPALA IKAN
· KANGKUNG GORENG BELACAN
· NASI LEMAK
· WATER 1 JUG

RM35 SEORANG
· SOTONG GORENG TEPUNG
· BUTTER PRAWN
· ASAM PEDAS KEPALA IKAN
· IKAN SIAKAP BAKAR
· IKAN SIAKAP TIGA RASA
· KUPANG SWEET SOUR
· KETAM BLACK PEPPER
· NASI LEMAK
· WATER 1 JUG.

HIDANGAN ISTIMEWA

MASAKAN ALA THAI MEE BANDONG MEE LAKNA MEE GORENG

Kunjungi Ikan Bakar Laksmana di Jalan Pengkalan Pulau Besar, Umbai
















Aspek kebersihan jadi keutamaan

Penyediaan makanan yang bersih dan berkualiti oleh pengusaha premis makanan dan minuman amat penting bagi menjamin tahap kesihatan rakyat negeri ini.
Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, lebih penting lagi hal demikian perlu dititik berat bagi menjaga nama baik Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan.
Menurutnya, sikap dan mentaliti untuk mencari keuntungan semata-mata perlu diubah untuk kebaikan semua pihak.
"Kita kesal dengan sikap segelintir peniaga yang mengabaikan aspek kebersihan sehingga mencetuskan tanggapan yang negatif di kalangan masyarakat dan pelancong.
"Peniaga juga perlu sentiasa mematuhi peraturan pengendalian makanan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya selepas merasmikan pembukaan restoran Laksmana Ikan Bakar di Jalan Pengkalan Pernu, di sini.
Restoran yang mampu memuatkan lebih 200 pelanggan pada satu-satu itu, adalah medan selera terbaru yang terletak di pintu masuk jalan ke jeti pengkalan Pernu - Umbai.
Pengusaha restoran terbabit, Asiah Ali, 29, berkata di samping menawarkan hidangan masakan laut yang istimewa berkonsepkan ikan bakar, Laksmana Ikan Bakar turut menawarkan hidangan sampingan seperti mee bandong Muar, asam pedas dan tahu sumbat.
"Kita menyediakan tempat yang selesa dengan kemudahan bilik sembahyang dan sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan di samping menikmati hidangan bersama keluarga.
"Laksmana Ikan Bakar turut menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang luas dan selesa khusus untuk kepuasan pelanggan," katanya.
Sementara itu, pada majlis itu, turut meraikan kira-kira 30 anak yatim dari Asrama Anak Yatim Darul Aitam, Bukit Pegoh yang menyertai majlis bacaan yasin dan tahlil.
Paling mencuri tumpuan dengan penampilan pelakon, pengacara tv dan juruhebah radio terkenal, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku (K.E.).